Sunday, July 19, 2009

Kemarahan Yang Membara Sudah Sampai Ke Tahap Gentingnya

Malaysian Insider reports that the UMNO-controlled newspaper is slamming the critics for demonising the graft buster agency over Teoh Beng Hock's death, with one suggesting there is an agenda to weaken the Malay-controlled institutions. (I spcifically took offense at the use of "Malay-controlled institution" to describe a government body and we are still wondering about the racism in the government institution???)
This piece below is written by the NST Group Managing Editor. Err....just bersabar when you read it cox it's hard not to get your blood boiling while doing so.
Zainur Ariffin, Berita Harian
ADAKAH ahli dan penyokong Pakatan Rakyat saja yang berasa sedih ke atas kematian Teoh Beng Hock?
Tentu sekali jika dilihat dari muka-muka sama yang bergegas mengepalai tunjuk perasaan apabila saja ada kejadian seperti ini berlaku, beratur untuk perhatian jurugambar dan pemberita, dan di dalam kepala menghitung laba politik yang mungkin diperoleh.
Oportunisme politik boleh merampas kesedihan untuk dijadikan modal politik. Kematian boleh dijadikan pemangkin untuk naikkan kemarahan, dan juga batu hikmat menarik sokongan. Terlalu sedikit cubaan untuk menenangkan keadaan. Di dalam kes Teoh setiap kenyataan seakan-akan berbau politik. Jika orang marah, apikan lagi. Jika bersedih, apa lagi, kenangkanlah nasib mereka dan paling penting, cari pihak yang perlu dipertanggungjawabkan. Sudah tentulah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertanggungjawab kerana mendiang Teoh kali terakhir berada di pejabat berkenaan dan mayat beliau dijumpai berhampiran. SPRM juga menemuduga Teoh hingga awal pagi.
Tanggungjawab SPRM ialah untuk menyiasat sepenuhnya kejadian itu, dan jika ada kesilapan atau kelemahan, atau kecuaian dan salah laku di pihaknya, tindakan perlu diambil. Ia mesti telus dan tegas. Tetapi ia sepatutnya tidak perlu dipertanggungjawabkan untuk menangkis tuduhan yang tidak berasas, menjawab tohmahan, dan melayan agenda politik orang lain. Segala keraguan dan persoalan mesti dijawab, tetapi mestilah tidak yang bermotifkan politik. Yang lebih penting, tanggungjawab SPRM ialah supaya ia tertumpu kepada tugasnya. Siasatan yang masih ada, termasuk terhadap ahli politik yang bertempik dan berkumpul di luar pejabatnya, yang cuba menimbulkan syak dan wasangka terhadap integriti agensi itu, mestilah diteruskan. Kita faham ramai yang marah. Kita juga tahu ramai yang bersedih dengan kematian Teoh. Semua orang ada abang, adik, anak, suami, kawan dan faham serta simpati kepada pemergian orang muda seperti Teoh yang masa hadapannya nampak cerah.
Bukan orang Cina atau penyokong Pakatan Rakyat saja yang tahu marah dan mahukan keadilan. Namun, elemen perkauman dimasukkan oleh beberapa ahli Dewan Negeri Selangor apabila mereka disiasat sama ada menyalahgunakan peruntukan dan kuasa oleh SPRM, walaupun anggapan ini salah kerana ada Adun Melayu disiasat juga. Namun keraguan timbul, terutama di kalangan bukan Melayu bahawa SPRM, yang semestinya seperti agensi kerajaan lain banyak pekerja Melayu, secara selektif memilih bukan Melayu untuk disiasat. Apabila mangsa kemalangan pula orang bukan Melayu, yang sebelumnya disiasat orang Melayu, bertambah hebatlah spekulasinya. Di alam maya internet tidak susah mencari kesimpulan berunsur perkauman. Adakah ini politik? Peduli apa kesannya kepada negara asalkan popular. Walau dihias dengan kata-kata manis seperti hak asasi ataupun ketelusan atau keadilan, yang jelas, kadang-kadang, agenda perkauman nyata. Kenapa perlu menanam kebencian, meniup api kemarahan terhadap agensi kerajaan yang banyak juga penyokong mereka bekerja di dalamnya? Dengar sajalah perkataan kesat yang dilemparkan kepada polis dan sebagainya? Keadilankah yang dituntut atau kebencian digalakkan? Adakah strategi untuk menggalakkan syak terhadap agensi kerajaan. Dulunya kehakiman kemudian polis, kini SPRM? Apakah nilai kepemimpinan politik jika apa yang digalakkan ialah membenci dan menghasut? Di manakah fahaman politik atau ideologi mulia? Apabila saja ada perkara seperti ini, bergegas-gegas muka yang sama mengeluarkan kenyataan yang pada asasnya menanam syak kepada institusi. Cukuplah dengan membenci pimpinan kerajaan. Mereka orang politik, mereka boleh terima semua ini. Tetapi pegawai kerajaan bukan orang politik; mereka jalankan tugas dan arahan. Sedarlah jika setiap kali institusi kita dicerca dan dihina, lama-kelamaan akan ada yang terlekat. Makin lama semakin tipis kepercayaan kita. Pepatah Inggeris berkata: 'You reap what you sow' jika ada pihak yang mahu popular dengan menabur syak wasangka kepada orang lain, lama kelamaan dia juga akan menerima kesannya. Katalah ditakdirkan pembangkang memerintah, tidak akan reputasi institusi dan agensi yang dipijak-pijak akan kembali pulih serta merta. Apa yang runtuh sukar dibina semula. Institusi akan terus dipandang serong, kepercayaan rakyat akan tetap menipis. Adakah kehakiman atau polis yang sentiasa dikutuk akan jadi baik tiba-tiba dan terus diterima rakyat. Hakisan tidak boleh dipatah balik, malah ia selalu membawa kepada keruntuhan. Kenapa, contohnya perlu kerajaan Selangor mahukan pakar bedah swasta untuk siasat kematian Teoh? Adakah pakar hospital kerajaan tidak layak? Atau tidak boleh dipercayai? Kenapa Menteri Besar Selangor, seorang Melayu, meragui kebolehan orang sebangsanya bertindak dengan tulus dan adil? Bukankah banyak pegawai agensi atau institusi kerajaan orang Melayu? Adakah polis, hakim, guru, penyiasat, doktor, pensyarah Melayu semuanya tidak boleh dipercayai? Percayalah, inilah yang berlaku apabila kita sama naik menabur syak pada agensi dan institusi kerajaan. Layari sahaja laman internet untuk mengetahui apa yang dikatakan mengenai institusi-institusi yang kebanyakan diketuai dan dipenuhi oleh orang Melayu. Bukan ahli dan penyokong parti politik saja yang mahukan keadilan. Orang lain pun begitu. Tetapi jangan semua institusi diruntuh. Janganlah termakan kata-kata orang, yang agendanya kadang-kadang hendak mempersoalkan kebolehan orang Melayu.
I don't know what else can be considered as sedition if this piece is not...

No comments:

Post a Comment